Individu yang bertindak menularkan rakaman video kononnya pemandu bas wanita berkelakuan tidak senonoh (bercumbuan) memohon maaf. Wanita ini juga mengakui bahawa video tersebut tidak benar.
Permohonan maaf itu dibuat menerusi akaun TikTok peribadinya.
“Saya mengaku kesalahan saya kerana telah menyiarkan imej mereka tanpa kebenaran dan seharusnya berhubung dan membuat laporan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan mereka.
“Tuduhan bercium seperti yang disebut di dalam hantaran saya itu tidaklah benar. Khilaf saya kerana tidak memastikan kejadian tersebut adalah benar atau tidak.
“Saya mengaku telah melakukan banyak salah faham dan kekeliruan ke atas ramai pihak,” katanya.
Wanita yang dikenali sebagai Iffah itu juga menyatakan telah memadam segala hantaran berkenaan perkara tersebut dan meminta agar pihak-pihak lain yang berkongsi video itu untuk melakukan perkara sama.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada pemandu bas tersebut. Saya mohon maaf atas kekhilafan saya,” katanya.
Sementara itu, satu akaun TikTok yang dipercayai milik rakan kepada pemandu bas wanita tersebut menyatakan telah membuat laporan polis berkenaan isu tersebut.
“Berat sangat fitnah awak ni. Sanggupkah awak nak merangkak nanti mencari balik siapa yang awak fitnah tu? Tanpa berfikir panjang,lepas tu awak delete akaun tu. Tinggalkan fitnah tu terbiar semakin merebak. Saman will come soon,” tulisnya.
Walaupun permohonan maaf sudah dibuat oleh si pelaku, namun menurut wanita ini tindakan seterusnya tetap diambil.
Satu lagi tindakan akan diambil kepada pemilik akaun Twitter yang menyebarkan video tersebut tanpa usul periksa.
Sumber: Iera Saila, Iffah Danishaa