Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Minggu lalu, seorang pemandu bas sekolah yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ di TikTok, telah ditahan polis atas dakwaan mempergunakan kanak-kanak sekolah sebagai konten di media sosial. Selain itu, turut timbul dakwaan konten tersebut berunsur gangguan susulan penggunaan kapsyen yang mengundang ke arah perkara yang tidak sepatutnya.
Bagaimanapun semalam, ‘Abang Bas’ tampil memuat naik beberapa kenyataannya di akaun TikTok yang menegaskan dia telah difitnah dan tidak akan berdiam diri.
“Saya takkan diamkan diri kepada semua pihak yang telah memfitnah saya macam-macam dan saya akan lawan.
“Kalau saya betul-betul jahat terhadap budak sekolah tu, dah lama saya akan buat perkara tidak elok. Tetapi itu bukan niat saya. Saya jenis mesra dengan budak dan yang korang nampak saya selalu pegang, angkat, lap peluh itu ialah anak saudara saya. Saya pun ada akal fikiran tak buat kat anak orang sesuka hati,” katanya.


Dalam pada itu, ‘Abang Bas’ juga meluahkan rasa kesal terhadap media dan pempengaruh yang mengeluarkan andaian sendiri dan menggunakan tajuk yang mengundang persepsi negatif masyarakat terhadapnya.
“Kepada media nak fitnah tu agak-agaklah buat andaian sendiri. Tajuk nak bagi gempak sajalah.
“Kepada influencer yang buat konten fitnah dan andaian sendiri terhadap saya tu, berhati-hati. Cukup-cukuplah tu nak menaikkannama supaya orang sokong kau. Ingat dosa dengan manusia, korang tanggunglah sendiri selagi aku tak maafkan,” ujarnya yang berharap masih ada keadilan buat dia dan keluarganya.








