Fasha Sandha terima Anugerah Nona Superwoman, penampilan berhijab curi tumpuan ramai | The Reporter

Fasha Sandha terima Anugerah Nona Superwoman, penampilan berhijab curi tumpuan ramai

Sumber Gambar: Instagram Fasha Sandha

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Aktres terkenal, Fasha Sandha menerima Anugerah Superwoman dalam acara Nona Superwoman Award yang dianjurkan oleh Majalah Nona dan Nu Ideaktiv.

Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Selain Fasha, beberapa selebriti, pempengaruh dan usahawan wanita lain turut menerima anugerah pada malam tersebut seperti Hanis Zalikha dan Dato’ Seri Vida.

Dalam pada itu, Fasha menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang diberikan.

“Speechless. Syukur Rezeki Awal Tahun 2025. Menerima Anugerah Superwoman daripada Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin , Permaisuri Selangor.

“Menjunjung kasih Tuanku,” tulisnya.

Bagaimanapun, penampilan Fasha pada malam anugerah itu mencuri tumpuan ramai apabila tampil manis mengenakan hijab.

Rata-rata memuji penampilan Fasha dan mendoakan agar beliau terus kekal istiqamah.

Sebelum ini juga, Fasha dilihat berhijab di majlis-majlis tertentu dan telah mengundang persoalan ramai.

Related Posts