Faisal Halim disimbah dengan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 - The Reporter

Faisal Halim disimbah dengan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4

Gambar: Makan Bola

Pemain skuad Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama pada malam semalam.

Faisal kini yang dilaporkan kritil sedang berjuang untuk hidupnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya. Pergerakan dan percakapannya ketika ini sedikit terjejas berikutan insiden tersebut.

Menurut laporan, Faisal bakal menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi dan akan berada di ICU untuk dipantau rapi oleh pakar selama sekurang-kurangnya 10 hari.

Terasa sakit seperti terbakar dalam kulit

Faisal juga akan menjalani rawatan susulan selama dua hingga tiga minggu. Proses pemulihan dijangka mengambil masa yang lama dan Faisal mungkin tidak dapat beraksi selama lima atau enam bulan.

Dia dikatakan sukar bergerak tangan kirinya dan mengerang kesakitan kerana rasa seperti terbakar di dalam kulit. Bagi memastikan kecederaannya tidak dijangkiti kuman, tubuh Faisal dibalut seperti ‘mumia’.

Suspek pertama tiada kaitan

Sementara itu, polis telah mengesahkan bahawa suspek pertama yang ditahan kerana disyaki berkaitan dengan kejadian itu bukanlah pelaku sebenar.

Suspek sebenar didapati menggunakan motosikal dengan nombor pendaftaran palsu, yang sama dengan nombor pendaftaran motosikal suspek pertama. Suspek pertama akan dibebaskan kerana tiada kaitan dengan kes tersebut.

Dalam perkembangan terkini, seorang suspek kedua berusia 30-an telah ditahan pada petang Isnin di Bandar Baru Bangi dan direman selama lima hari untuk membantu siasatan.

Disimbah dengan asid sulfurik pekat

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, memaklumkan Faisal telah disimbah dengan asid sulfurik pekat yang menyebabkan dia mengalami luka melecur tahap empat.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, pula berkata bahawa suspek bagaikan mahu membunuh terus karier Faisal dan sanggup menyimbah cecair berbahaya itu.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!