Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan 1948 | The Reporter

Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan 1948

Sumber Gambar: X Fahmi Reza

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza ditahan bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengesahkan penahanan Fahmi dan siasatan sedang dijalankan terhadap kes itu.

Menurutnya, lebih 30 laporan polis diterima di negeri itu terhadap aktivis tersebut termasuk berkaitan poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.

Terdahulu, Fahmi memuat naik poster satira karikatur Tun Musa yang berbaur hinaan sebagai bantahan terhadap pelantikannya atas alasan pernah dikaitkan dengan rasuah.

Aktivis berkenaan turut memuat naik hantaran di jaringan X mengatakan bahawa dirinya dalam perjalanan ke balai polis untuk memberikan keterangan berhubung isu berkenaan.

“Polis dah roger! Dalam perjalanan ke balai untuk disoalsiasat polis KK berkaitan posting Facebook pasal poster yang aku tampal di KK. Rasanya ada lebih 10 laporan polis dibuat terhadap aku.

“Kalau aku tak update sebelum jam 8pm maknanya aku akan tidur lokap malam ni,” tulisnya.

Sumber: Berita Harian

Related Posts