Akhirnya, tamat sudah spekulasi mengenai hubungan cinta mereka. Penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember 2025 (Jumaat) dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Mr E.
Majlis pernikahan dijadualkan berlangsung di Shah Alam, Selangor dan mempelai akan diraikan dalam majlis resepsi pada 13 Disember.
Erra mengumumkan berita gembira itu semasa pelancaran video muzik Cinta Abadi. Difahamkan, lagu berkenaan merupakan lagu tema perkahwinan mereka.
“Insya-Allah, sekiranya tiada aral melintang, majlis pernikahan akan berlangsung pada 12 Disember ini. Doakan majlis ini berjalan dengan baik dan penuh berkah,” katanya.
Baca juga:
- Usia bukan penghalang, Sabri Yunus kembali ke universiti pada umur 65 tahun
- Syed Saddiq & Bella Astillah pilih 10.10 sebagai tarikh bahagia
- ‘Sungguh menyakitkan hati’ – Ito Blues Gang persoal royalti diterima
Erra Fazira sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Yusry Abdul Halim dan Engku Emran. Hasil perkahwinan dengan Engku Emran, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya. Perkahwinan mereka berlangsung pada 2007 dan berakhir dengan perceraian pada 2014.
Sumber: Media Hiburan, Astro Gempak








