Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kemunculan pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, berhijab dalam program Kilaun Emas malam tadi mencuri tumpuan ramai.
Tampil anggun dan menawan, Elly membuka pentas dengan ucapan yang meruntun hati tentang semangat dan perjuangan peserta Global Sumud Flotilla (GSF) dan juga lagu “Tuhan Jaga Dia Untukku”.
Penampilan tersebut menerima pujian ramai, malah netizen turut mendoakan agar Elly kekal istiqamah dalam penghijrahannya.
Memetik laporan Kosmo!, Elly memaklumkan bahawa keputusan untuk berhijab dibuat selepas hatinya tersentuh melihat perjuangan aktivis kemanusiaan GSF. Katanya, penghijrahan itu turut mendapat sokongan penuh daripada suaminya.
“Pertama sekali, saya mohon semua orang doakan yang terbaik untuk saya. Sudah semestinya saya mahukan yang terbaik buat diri saya.
“Tiada istilah ‘mencuba’ dalam soal berhijab. Saya perlukan doa yang baik-baik daripada orang ramai.
“Kadang-kadang jihad seseorang buat kita insaf. Kita rasa sangat hebat, terutama sekali rakan-rakan yang menyertai GSF,” katanya.
Sementara itu, pempengaruh dan juga penata gaya tudung, Muhammad Sayuti atau lebih dikenali sebagai Yuti, meluahkan rasa sebak apabila berkongsi permintaan Elly Mazlein yang mahu dirinya menata tudung dalam program Kilaun Emas.

Baca juga:
- Elly Mazlein tampil berhijab, tersentuh hati lihat perjuangan aktivis GSF
- Nadzmi Adhwa gagal tahan sebak, titip semangat buat Ardell
- Along Cham sah bercerai, Mahkamah Syariah sahkan lafaz taklik
Katanya, Elly pernah memintanya agar mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Kak Lina call Yuti bagitau boleh ke Yuti pakaikan tudung akak.Sebak kita dengar. Kebetulan kita memang setiap minggu buat Kakak kita Erra Fazira. Sumpah kita macam tak sangka before this tiap kali jumpa, Kak Lina selalu cakap dengan Yuti doakan untuk Kak Lina, mana tahu lepas ni rezeki Kak Lina nak Yuti pakaikan tudung.
“Korang doakan yang baik baik yaa untuk Kak Lina,” katanya.