Nadzmi Adhwa gagal tahan sebak, titip semangat buat Ardell | The Reporter

Nadzmi Adhwa gagal tahan sebak, titip semangat buat Ardell

Nadzmi Adhwa sebak titip semangat buat Ardell Aryana dalam misi Global Sumud Flotilla.
Tangkap layar TikTok Nadzmi dilihat gagal menahan sebak selepas menitipkan kata semangat buat Ardell.

Selain Zizi Kirana, nama Ardell Aryana turut menjadi tumpuan ramai dalam misi Global Sumud Flotilla.

Pelakon dan aktivis kemanusiaan itu dalam misi berkenaan ditugaskan untuk melakukan siaran langsung kecemasan atau SOS sebagai bukti insiden sebenar yang berlaku.

Rakaman live Ardell bersama suaminya turut menjadi perhatian apabila Nadzmi Adhwa gagal menahan sebak ketika berbual dengan isterinya itu.

@tkahamarr

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebak sampai sini😭#ardellaryana #nadzmiadhwa

♬ Setanggi Syurga – ꧁ R.kay_OfficiaL ꧂
Baca juga:
@mizzm124

Part last sebak sgt rasa 🥺🥺🥺 semoga Allah lindungi mereka… @ArdellAryana #freepalestine #globalsumudflotilla #fyp #ardellaryana

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Pada mulanya Nadzmi menitipkan kata-kat semangat buat Ardell, namun secara tiba-tiba dia gagal menahan air mata apabila Ardell memaklumkan misi mereka hanya tinggal sedikit sahaja lagi.

“Kuat semangat! Sikit lagi, saya tahu awak boleh, mesti sampai punya!” kata Nadzmi.

Ardell turut meminta Nadzmi supaya menjaga diri sambil berulang kali menyatakan misi mereka sudah hampir.

Menerusi ruangan komen, ramai yang turut sebak melihat perbualan pasangan suami isteri itu dan mendoakan kemudahan Ardell dan peserta GSF yang lain.

Related Posts