Elak asap pembakaran sampah, 2 lelaki maut motosikal bertembung | The Reporter

Elak asap pembakaran sampah, 2 lelaki maut motosikal bertembung

Sumber Gambar: Kosmo, tangkap layar video tular

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Gara-gara mengelak dari asap tebal pembakaran sampah, dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang bertembung di Jalan Pendek, Kampung Kota, Kota Bharu.

Muhammad Shafiq Mat Dam, 28, dan Ismail Awang, 70-an, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut saksi, ketika kejadian, Ismail dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli roti di sebuah kedai sebelum bertembung dengan motosikal yang dinaiki oleh Muhammad Syafiq yang datang dari arah bertentangan.

Menerusi satu laporan, Muhammad Syafiq dikatakan mengelak asal tebal dari pembakaran sampah berhampiran rumah penduduk dan kemudiannya bertembung dengan motosikal dinaiki Ismail.

Orang ramai yang melihat kejadian, terus menghubungi polis.

Video rakaman kemalangan berkenaan dari kamera litar tertutup (CCTV) penduduk turut tular di media sosial.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu.

Related Posts