Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Usahawan dan pempengaruh yang dikenali sebagai Eira Aziera dikenakan perintah oleh Mahkamah Tinggi membayar ganti rugi RM100,000 dan kos guaman RM30,000 kepada Suharnizan Md Sidek yang menjadi mangsa ‘body shaming’ (penghinaan bentuk fizikal) pada Ogos 2020.
Dalam pada itu, Mahkamah turut juga memerintahkan Eira atau nama penuhnya Noorazira Pissal untuk menyiarkan permohonan maaf yang jelas tanpa syarat dalam semua akaun media sosial miliknya dan hendaklah dikekalkan selama enam bulan dari tarikh penyiaran.
Sementara itu, menerusi hantaran di TikTok, Eira membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Suharnizan atas kata-kata beliau sebelum ini. Menerusi hantaran yang sama, Eira sudah menyiapkan sekeping cek bernilai RM100,000.
Permohonan maaf secara terbuka
“Saya nak buat permohonan maaf secara terbuka buat Suharnizan atas kata-kata kesat yang kurang menyenangkan.
“Kes Mahkamah dah selesai. Kita ikut semua prosedur Mahkamah.
“Dan duit ni adalah hasil titik peluh sendiri tanpa buat pinjaman dan gadaian,” katanya.
Terdahulu pada 13 Oktober 2020, Suharnizan memfailkan saman menuntut lebih RM2 juta terhadap Eira Aziera, 39, di Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang didakwa menghina bentuk fizikalnya atau ‘body shaming’.
Sumber: Eira Azira, Harian Metro








