'Nothing serious' – Edika Yusof harap masih boleh selamatkan rumah tangga | The Reporter

‘Nothing serious’ – Edika Yusof harap masih boleh selamatkan rumah tangga

Edika Yusof beri kenyataan tentang rumah tangga bersama isteri
Edika Yusof masih mahu cuba bincang, anggap tiada apa yang serius walaupun isteri sudah failkan cerai

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Nampaknya pelakon popular era 90-an, Edika Yusof masih tenang walaupun isterinya, Nor Hidayah Yusri, sudah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bulan lalu.

Menerusi mesej WhatsApp kepada Harian Metro, Edika, 58, berkata isu rumah tangga mereka taklah serius dan dia berharap dapat berbincang dengan isterinya tak lama lagi.

“InsyaAllah nanti saya update… nothing serious. InsyaAllah kami cuba bincang… mungkin tidak sekufu, bagi pihak dia. Terima kasih,” tulis Edika ringkas.

Sebelum ini, nama pasangan ini memang sering jadi inspirasi ramai. Edika pernah dipuji kerana sanggup jaga isterinya yang lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu. Tapi kini, lepas 22 tahun bersama, hubungan mereka tiba-tiba diuji.

Difahamkan, kes penceraian tersebut sudah disebut di mahkamah Isnin lalu. Tapi Edika tak hadir sebab ada urusan kerja. Tarikh baru sebutan semula ditetapkan pada 23 April nanti.

Peguam syarie yang mewakili Nor Hidayah, Mohd Yazid Hazim, tak dapat dedahkan punca sebenar, cuma menyebut ada masalah tiada persefahaman.

Nor Hidayah pula enggan beri komen lanjut, sebaliknya tunggu penjelasan dari pihak suami terlebih dahulu. Dia juga akui dah lama tak tinggal sebumbung dengan Edika tapi tak nak kongsi sejak bila.

Untuk info, Edika dan Nor Hidayah berkahwin sejak 2003 dan dikurniakan tiga anak. Harapnya mereka berdua dapat selesaikan secara baik.

Related Posts