Pempengaruh luar biasa! Itu yang dapat diungkapkan apabila pempengaruh terkenal Khairul Aming yang bukan sahaja dapat menarik perhatian rakyat Malaysia, malahan turut menarik minat Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.
Beberapa bulan lalu, Khairul Aming telah merakamkan konten video masakan di New Zealand. Dalam beberapa video berkenaan juga Khairul Aming memuji suasana dan persekitaran yang cantik dan indah di sana.
Video-video berkenaan telah membuat netizen terbuai dengan keindahan lokasi-lokasi yang ditunjukkan.
Susulan itu juga, kunjungan Luxon ke Malaysia atas tugasan rasmi dan turut mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Khairul Aming menyatakan penghargaan kerana mempromosikan negaranya.
Dalam hantaran video yang dikongsikan, Khairul Aming turut berkongsikan beberapa menu tradisonal kepada Christopher Luxon.
“Sepanjang perjumpaan tu, kita bertukar pendapat mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand, perdagangan eksport daging dan tenusu halal, pemeliharaan alam semula jadi dan potensi eksport produk PKS tempatan yang kita boleh hantar ke New Zealand,” katanya.
Dalam pada itu, Khairul Aming meluahkan rasa teruja berjumpa dengan seorang pemimpin terkenal dunia.
“Siapa sangka dulu buat video duduk atas lantai kat rumah sewa, tapi hari ini dapat duduk bersebelahan Perdana Menteri terkenal dunia,” katanya.