'Dua wartawan turut diugut pembuli siber mendiang Esha' – Fahmi - The Reporter

‘Dua wartawan turut diugut pembuli siber mendiang Esha’ – Fahmi

Isu pembuli siber semakin menjadi-jadi apabila dilaporkan dua wartawan turut diugut oleh individu yang melakukan buli siber terhadap pempengaruh yang dikenali sebagai Esha yang meninggal dunia minggu lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Katanya, individu berkenaan telah menghubungi kedua-dua wartawan tersebut dan dalam masa yang sama telah mengambil gambar kediaman mereka.

“Mereka mengadu orang yang telah buli siber mendiang Esha juga telah menghubungi mereka dan mereka berasa sangat takut pada masa itu.

“Ini merupakan ugutan jenayah,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata ramai yang menjadi mangsa buli siber secara senyap dan perbuatan itu pula dilakukan dengan menggunakan akaun palsu.

Mengenai perkembangan isu ini pula, Fahmi mengesahkan bakal bertemu dengan Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bagi memperincikan isu ini di Parlimen

Sumber: Malaysia Gazette

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!