Dua lelaki Aceh dihukum sebat 80 kali selepas ditahan di tandas awam | The Reporter

Dua lelaki Aceh dihukum sebat 80 kali selepas ditahan di tandas awam

Dua lelaki di Aceh menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah.
Dua lelaki Aceh dihadapkan ke Mahkamah Syariah sebelum dijatuhi hukuman sebat 80 kali.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Syariah di Aceh pada Isnin menjatuhkan hukuman 80 sebatan terhadap dua lelaki berusia 20 dan 21 tahun selepas didapati bercium di sebuah taman awam.

Perbicaraan di Mahkamah Syariah Banda Aceh itu dibuat secara tertutup kerana melibatkan kes zina dan hanya dibuka kepada orang ramai ketika keputusan diumumkan.

Pada April lalu, kedua-dua lelaki itu ditahan di Taman Sari selepas orang awam ternampak mereka masuk ke tandas awam yang sama dan memaklumkan kepada polis syariah. Ketika diperiksa, mereka didapati sedang bercium dan berpelukan, lalu dianggap melakukan perbuatan seksual.

Baca juga:

Aceh satu-satunya wilayah laksana hudud untuk LGBT

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang dibenarkan melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hukuman terhadap hubungan sejenis. Sejak pelaksanaannya pada 2015, ini adalah kali kelima individu dijatuhkan hukuman sebat kerana kes homoseksual. Undang-undang ini wujud hasil perjanjian damai untuk menamatkan pemberontakan bersenjata di wilayah itu.

Di peringkat nasional, undang-undang jenayah Indonesia tidak mengharamkan homoseksual dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa membatalkan undang-undang syariah Aceh.

Pada Februari lalu, dua lelaki lain turut disebat masing-masing 82 dan 77 kali selepas didapati melakukan hubungan seks sejenis.

Kecaman Badan Hak Asasi

Amnesty International mengecam hukuman tersebut dan menyifatkannya sebagai “tindakan diskriminasi yang mengerikan” terhadap tertuduh.

“Hubungan seksual secara sukarela antara orang dewasa tidak sepatutnya dianggap sebagai jenayah dan tiada siapa wajar dihukum atas orientasi seksual sebenar atau yang disangka,” kata Timbalan Pengarah Serantau Amnesty, Montse Ferrer.

Sumber: Independent

Related Posts