Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tindakan dua lelaki yang turun dari kereta untuk membantu seorang wanita menolak motosikal rosak di kawasan berhampiran KL Gateway Mall menghala ke Kerinchi, mencuri perhatian ramai selepas video kejadian itu tular di media sosial.
Menerusi perkongsian video di Thread mn_nazmi, kejadian berlaku pada waktu petang dalam keadaan jalan sesak, apabila seorang wanita dilihat berusaha menolak motosikalnya seorang diri dalam keadaan letih dan hujan renyai.

Baca juga:
- ‘Kabinet kecam keras kenyataan didakwa hina sahabat Nabi’ – Fahmi
- RTM tamatkan siaran di Astro mulai 1 Julai ini
- Pelajar lelaki Tingkatan Satu meninggal dunia di asrama
Wanita tersebut dilihat beberapa kali berjalan sambil menolak motosikal dan sesekali menunggang sambil menolak ketika hujan rintik.

Situasi itu disedari oleh beberapa pengguna jalan raya, sebelum dua lelaki bertindak berhenti dan membantu menolak motosikal wanita berkenaan.
Tindakan mereka menerima pujian orang ramai yang menyifatkannya sebagai satu momen penuh kemanusiaan di tengah kesibukan kota.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum dengan sikap prihatin tersebut, selain berharap lebih ramai pengguna jalan raya tampil membantu dalam situasi kecemasan seperti itu.








