Siti Nurhaliza nyanyi tanpa bayaran, Dr Dzulkefly perjelas kekeliruan | The Reporter

Siti Nurhaliza nyanyi tanpa bayaran, Dr Dzulkefly perjelas kekeliruan

Dr Dzulkefly Ahmad beri kenyataan media, gambar sisipan Siti Nurhaliza memegang mikrofon
Dr Dzulkefly perjelas kehadiran Siti Nurhaliza ke majlis KKM adalah sebagai tetamu yang menyanyi secara sukarela tanpa bayaran

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad tampil menjelaskan isu kehadiran Datuk Seri Siti Nurhaliza di majlis sambutan Hari Raya anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjadi bualan hangat netizen.

Menurut Dr Dzulkefly dalam satu hantaran di platform X, kehadiran Siti adalah sebagai tetamu bagi meraikan Perdana Menteri serta petugas kesihatan dari pelbagai agensi, universiti dan sektor swasta.

Beliau menegaskan, penyanyi itu hadir secara sukarela dan membuat persembahan tanpa sebarang bayaran.

https://twitter.com/DrDzul/status/1915055902417453495

Mengakui kritikan yang diterima adalah adil, Dr Dzulkefly berkata perkara ini dijadikan peringatan buat semua pihak. Pada masa sama, beliau menegaskan komitmen KKM untuk terus memperbaiki isu-isu berkaitan kebajikan pekerja kesihatan.

Terdahulu, Siti Nurhaliza turut memberikan penjelasan melalui Instagram Story. Beliau menjelaskan dirinya hadir ke majlis tersebut bukan sebagai artis undangan, sebaliknya sebagai tetamu. Persembahan nyanyian itu dilakukan atas kehendak sendiri, atas rasa penghargaan kepada warga KKM, tanpa sebarang permintaan bayaran.

Siti turut menasihatkan supaya tiada pihak memanjangkan fitnah atau mengaitkan namanya dengan berita yang tidak sahih mengenai kehadirannya di majlis tersebut.

Related Posts