Dr Akmal gesa tindakan tegas penggunaan logo halal pada sandwich ham & cheese di UM | The Reporter

Dr Akmal gesa tindakan tegas penggunaan logo halal pada sandwich ham & cheese di UM

Sumber Gambar: FMT

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal dijual di sebuah kedai serbaneka Universiti Malaya (UM), pihak universiti mengambil tindakan menutup dua premis berkenaan bagi menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memohon pihak berkuasa untuk menyiasat perkara berkenaan dan turut mempersoalkan bagaimana produk makanan tersebut mendapat logo halal yang dilekatkan pada bungkusan makanan itu.

“Pada Jumaat lalu, mahasiswa UM membuat satu laporan polis susulan kedai serbaneka itu menjual sandwic yang namanya ‘ham and cheese’.

“Ham itu ada unsur khinzir, dalam (ham) itu ada daging babi dan sandwic ‘ham and cheese’ dijual dalam UM, yang rata-ratanya orang Melayu ada di situ.

“Kita terima jika ia dijual untuk orang Cina, India atau bukan Melayu, tetapi mengapa ada logo halal, bagaimana dapat logo halal?” soalnya.

Beliau juga mempersoalkan status produk-produk lain serta jaminan keselamatan produk yang dijual di premis berkenaan.

“Kalau sandwic ‘ham and cheese’ pun dapat logo halal, apakah jaminan keselamatan bagi produk halal lain yang dijual di situ.

“Jadi saya minta polis siasat dan laporan polis sudah dibuat, pihak yang terlibat, agensi terlibat tolong ambil tindakan,” tegasnya.

Related Posts