Dr Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN - The Reporter

Dr Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN

Sumber Gambar: Harakah Daily

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan telah melepaskan jawatan beliau sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN)

Perkara berkenaan dipetik menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Harakah Daily yang memaklumkan pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan Pas Pusat.

Dalam kenyataan tersebut, Ahmad Samsuri berkata dia telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada pihak pengurusan PN pada Rabu.

“Assalammualaikum kepada semua sahabat, saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya, Ahmad Samsuri bin Mokhtar, telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional pada hari ini, Rabu, 11 Disember 2024. Sekian. Harap maklum,” katanya dalam mesej ringkas tersebut.

Dalam laporan itu juga menyebut, setakat ini, belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pengurusan parti berkenaan.

“Punca perletakan jawatan ini juga masih belum didedahkan secara rasmi oleh Dr Ahmad Samsuri atau mana-mana pihak berkepentingan dalam PN. Sebarang spekulasi mengenainya masih belum disahkan.

“PN dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!