Pemandu Singapura selamba parking depan kedai, halang laluan kenderaan lain | The Reporter

Pemandu Singapura selamba parking depan kedai, halang laluan kenderaan lain

Pemandu Singapura selamba parking depan kedai, halang laluan kenderaan lain

Sikap sesetengah warga asing yang tidak mematuhi undang-undang di negara lain sering menimbulkan masalah dan mencetuskan ketegangan.

Perkara ini terbukti dalam sebuah video tular di TikTok, dimuat naik oleh @summer88959, yang menunjukkan sebuah kereta bernombor plat Singapura berhenti di tepi jalan di Malaysia, dipercayai kerana tiada tempat parkir.

Dalam video tersebut, seorang lelaki tempatan terdengar menegur pemandu kenderaan itu dengan nada tegas, “Hey! Sini boleh parking ka, ha?! Cepatlah, saya mahu jalan!”.

@summer88959

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


小事,他们只是下车买东西一下下…

♬ original sound – 夏天 – 夏天

Teguran itu mengundang perhatian netizen, yang rata-rata mengecam tindakan pemandu tersebut.

Ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pemandu berkenaan. Seorang pengguna TikTok menulis, “Law is law… when in other people’s country, have some respect,” yang mendapat lebih 800 tanda suka.

Sindiran turut dilontarkan oleh seorang lagi netizen, “Dekat Singapore tak boleh bikin itu macam,” merujuk kepada peraturan ketat di negara jiran itu. Selain itu, seorang lagi netizen menegaskan, “No parking means no parking. No one knows how long you will be inside the shop,” sekali gus menimbulkan perbincangan hangat dalam ruangan komen.

Walaupun sesetengah pihak menganggap isu ini kecil, ramai yang berpendapat bahawa pemandu asing perlu lebih peka dan menghormati undang-undang di negara lain.

Related Posts