Kapal selam Titan meletup di dasar laut, dokumentari Netflix dedah bunyi terakhir yang menyeramkan | The Reporter

Kapal selam Titan meletup di dasar laut, dokumentari Netflix dedah bunyi terakhir yang menyeramkan

Kapal selam Titan milik OceanGate ketika dalam misi ke dasar laut
Kapal selam Titan yang digunakan dalam misi ke tapak Titanic sebelum meletup akibat tekanan laut

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Dokumentari Netflix dedah bunyi retakan dari dalam Titan sebelum tragedi
• Penonton trauma dengan bunyi gentian karbon patah akibat tekanan tinggi
• Dialog dan reaksi netizen menunjukkan betapa mendalam kesannya terhadap emosi penonton

Rakaman audio dari dalam kapal selam Titan yang meletup pada 2023 kini kembali menjadi tumpuan selepas dimuatkan dalam dokumentari Titan: The OceanGate Submersible Disaster di Netflix.

Penonton meluahkan rasa trauma dan meremang bulu roma apabila mendengar bunyi ‘retakan’ atau ‘popping’ yang kedengaran semasa kapal selam itu menyelam ke dasar laut.

Kapal selam OceanGate Titan dilaporkan meletup secara mengejut ketika dalam perjalanan ke tapak tenggelam Titanic kira-kira 700km dari selatan Newfoundland, Kanada. Lima individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate, Stockton Rush, terbunuh dalam insiden yang mendapat perhatian dunia.

Mereka kehilangan hubungan dengan kapal induk dan hanya beberapa hari kemudian, serpihan Titan ditemui 12,500 kaki di dasar laut, mengesahkan kapal itu telah ranap akibat tekanan laut yang melampau.

Serpihan kapal selam Titan
Tulang temulang mangsa ditemui di sekitar lokasi kapal selam Titan

Apa bunyi menakutkan yang didengar dalam Titan?

Dalam dokumentari itu, terdapat beberapa babak yang memaparkan bunyi-bunyi kuat dari dalam kapal selam. Stockton Rush sendiri, dalam satu rakaman ujian menyelam, kedengaran berkata, “Bunyi itu memang buat kita terdiam.”

Penjelasan dalam dokumentari menyebut bunyi ‘retakan’ itu berpunca daripada gentian karbon yang digunakan untuk membina badan kapal. Gentian ini mula patah apabila tekanan air laut semakin tinggi, menghasilkan bunyi retakan yang menyeramkan. Keputusan menggunakan bahan gentian karbon (lebih murah berbanding bahan logam tradisional) kini menjadi antara punca utama persoalan terhadap keselamatan Titan.

Reaksi penonton: “Macam popcorn dalam microwave!”

Beberapa penonton meluahkan rasa tidak selesa selepas mendengar bunyi-bunyi retakan dalam dokumentari itu.

Seorang pengguna Netflix menulis, “Saya tengah tengok dokumentari Titan di Netflix, trauma terus bila mereka mainkan bunyi retakan yang penumpang dengar bila gentian karbon mula patah.”

Seorang lagi menyamakan bunyinya dengan sesuatu yang mengejutkan, “Semakin dalam Titan menyelam, semakin kuat bunyinya… macam bertih jagung dalam microwave!”

Ada juga yang bergurau, “Kalau aku dalam tu, dengar satu bunyi ‘pop’ pun aku dah jerit suruh naikkan semula kapal tu, pastu terus berhenti kerja!”

Related Posts