Sabun tular berasaskan khinzir tidak dipersijilkan halal JAKIM | The Reporter

Sabun tular berasaskan khinzir tidak dipersijilkan halal JAKIM

ambar sabun tular berasaskan khinzir tiada sijil halal JAKIM
Gambar: Tangkap layar video tular

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan penjelasan berhubung video yang tular di media sosial mengenai pembuatan sabun daripada bahan berasaskan khinzir.

Menurut pihak JAKIM, produk sabun yang ditunjukkan dalam video berkenaan tidak dipersijilkan halal oleh JAKIM. Malah, produk tersebut juga tidak menampilkan logo halal daripada mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh JAKIM.

“Produk berkenaan tidak dipersijilkan halal oleh JAKIM dan juga tidak memaparkan logo halal daripada mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh JAKIM,” katanya.

Baca juga:

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memilih produk yang memiliki sijil halal sah, sama ada daripada JAKIM atau badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf.

Pengguna juga disarankan untuk lebih berhati-hati dengan memeriksa label, kandungan produk, dan status pensijilan sebelum membuat pembelian bagi memastikan kepatuhan terhadap syariat Islam.

“Pengguna juga disaran supaya lebih berwaspada dan berhati-hati dalam memilih produk dengan menyemak label dan kandungan produk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian,” katanya.

Related Posts