Doktor terkejut temui belut hidup sedang ‘berenang’ dalam perut lelaki | The Reporter

Doktor terkejut temui belut hidup sedang ‘berenang’ dalam perut lelaki

Belut hidup yang dikeluarkan dari perut lelaki di China selepas pembedahan kecemasan
Inilah belut sepanjang hampir 30cm yang ditemui masih hidup dalam perut seorang lelaki di Hunan, China

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki berusia 33 tahun di Hunan, China, membuat doktor terkejut apabila pemeriksaan mendapati ada seekor belut hidup sepanjang hampir 30 sentimeter berada di dalam perutnya. Lelaki itu datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Pertama Universiti Perubatan Hunan dengan muka pucat, berpeluh dan mengadu sakit perut luar biasa.

Imbasan CT menunjukkan ada benda asing yang telah menembusi dinding usus dan masuk ke dalam bahagian dalam perut. Doktor dapati perutnya sangat keras, membuatkan mereka risau dia boleh terkena peritonitis, iaitu jangkitan berbahaya yang boleh menyebabkan maut. Disebabkan itu, doktor terus melakukan pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan nyawanya.

Baca juga:

Belut masih hidup dan berenang dalam perut

Gambar hiasan

Semasa pembedahan, doktor terkejut apabila mendapati belut itu masih hidup dan sedang ‘berenang’ di antara organ. Haiwan itu sudah menembusi dinding usus sebelum masuk ke rongga perut.

Doktor kemudian menggunakan alat pengepit khas untuk menangkap dan mengeluarkannya dengan cermat. Selepas itu, lubang pada usus dijahit semula dan perut pesakit dibersihkan dengan air garam untuk mencegah jangkitan.

Pesakit pulih, tapi punca kehadiran belut masih misteri

Gambar hiasan

Lelaki itu bernasib baik kerana berjaya pulih sepenuhnya selepas rawatan dan dibenarkan keluar hospital. Bagaimanapun, pihak hospital tidak mendedahkan apa yang terjadi kepada belut selepas ia dikeluarkan.

Belut air tawar biasanya hidup di dasar berlumpur seperti sawah, kolam atau terusan. Haiwan ini mudah menyorok dalam tanah lembut, sebab itu tidak mustahil ia boleh menembusi usus manusia jika sudah berada dalam badan.

Walaupun doktor tidak menjelaskan bagaimana belut itu boleh masuk ke dalam usus pesakit, ramai netizen membuat pelbagai andaian. Ada yang berkata, “Semua orang tahu macam mana ia boleh masuk,” manakala seorang lagi menulis, “Dia mungkin telah duduk di atasnya tanpa sengaja.”

Sebenarnya, kes pelik seperti ini bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini, pernah dilaporkan kejadian sama yang turut melibatkan belut hidup dalam badan manusia. – Agensi

Related Posts