Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Hargailah ibu bapa kita selagi kita diberi kesempatan untuk bersama mereka. Perkongsian dari gadis ini benar-benar membuatkan hati rasa sedih dan sayu dengan kejadian yang menimpa arwah ibunya. Hanya disebabkan pihak berkenaan yang tidak melakukan tanggungjawab mereka, pengguna jalan raya yang menjadi mangsa.
Aku dan mak memang sangat rapat, memandangkan aku anak bongsu. Jadi akulah yang paling rapat dan manja. Manja tahap tidur kena cium ketiak mak, makan kena tangan mak yang suap serta menangis kalau kena tinggal dengan mak walaupun dia cuma nak pergi ke kenduri selepas maghrib. LOL.
Mak dimasukkan dalam Neuro Ward ini yang lebih kurang seperti ICU tetapi lebih spesifik untuk kepala sahaja. Dua kali mak dibedah untuk membuang darah yang blocking dan kedua untuk keluarkan tempurung kepala sebelah kanan. Jadi mak cuma ada sebelah saja tempurung kepala. Mak koma hampir dua bulan.
Jadi inilah mak selepas kemalangan. On off demam keluar masuk hospital. Tetapi kami ambil peluang ini untuk membalas jasa mak. Jaga mak macam baby, adakalanya buat bubur walaupun cuma sesuap saja. Setiap pagi bangun tukarkan pampers, setiap empat jam kena bagi susu. I love to do that all.
How happy she is, a lovely mom, a great parent of six, hard working sweet at smile dan sayang penyabar.
Ini adalah mak ketika sambutan harijadinya pada 31 Ogos 2017. Abah belikan kek untuk mak. Abah really sweet, every morning dia akan tarikkan semula selimut mak dan kiss her cheek and forehead. Who know actually this is her last birthday celebrations.
Our last raya celebrations 2017. My mom really strong, she fight everything walaupun dia tidak berupaya nak bercakap tetapi dia masih buat anak-anak dan suaminya gembira sebab dia akan berinteraksi dengan mata dan angkat kening. Kalau suruh cubit, dia cubit. Kalau bagi sikat, nanti dia sikat rambut. Cute right?
So literally aku akan bergilir-gilir dengan kakak aku jaga siang malam sebab mak memang kena bagi susu dan tukar pampers setiap empat jam. Kita pun faham jururawat ada banyak lagi kerja dan pesakit yang perlu dijaga.
Satu hari itu, mak tiba-tiba sawan. Mula-mula setiap dua jam sekali. Doktor kata itu normal. Sehinggalah tengah malam, mak sawan tanpa henti. Sepatutnya dos ubat bole htahan sampai jam enam pagi tetapi penenang untuk mak hanya tinggal satu dos saja sebab tiap kali dia awan, kena cucuk, then reda cuma sekejap. Jururawat dan berputus asa tak tahu nak buat apa.
Pagi 24 September 2017, doktor pakar datang dan on off panggil kami ke bilik untuk berbincang. Doktor kata mak kena tidurkan untuk stop rawatan itu. Itu saja caranya. So last call kitorang bersetuju.
24 September 2017, mak pergi. 24 Oktober pula tarikh lahir aku dan masa itu umur aku 24 tahun. BOleh nampak tak betapa rapatnya kami berdua.
Terima kasih mak sebab jadi kawan baik kita. Semoga Allah jagakan mak selalu seperti mana mak jaga kita.
Kepada yang mengalami kemalangan disebabkan jatuh langgar lubang di jalan besar, tolong buat laporan polis segera dan ambil gambar sebagai bukti. Korang boleh saman pihak yang bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan jalan raya itu. Cuma mungkin ia akan memakan masa dan banyak prosedur. Tetapi sekurang-kurangnya boleh beri pengajaran kepada mereka.
Sumber: Cik Ajaii
























