'Doakan saya dan isteri kuat' - Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia - The Reporter

‘Doakan saya dan isteri kuat’ – Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia

Anak Ayu Raudhah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perkhabaran duka dimaklumkan oleh Zaquan Adha, suami kepada Ayu Raudhah mengenai pemergian anak bongsu mereka, Aisy Al Rees, enam bulan, pada petang Selasa.

Zaquan, menerusi hantaran di akaun Instagram memohon orang ramai agar mendoakan mereka kuat menerima ujian berkenaan.

“Salam semua, anak bongsu kami telah kembali kepada penciptanya, sebentar tadi.

“Doakan saya dan isteri kuat dengan dugaan ini,” katanya.

Sementara itu, memetik dari Sinar Harian, Rozita Che Wan yang juga merupakan kakak kepada Ayu Raudhah memaklumkan Aisy Al Rees meninggal dunia ketika tidur.

“Kejadian berlaku lebih kurang jam 1 petang tadi, Ayu terus hubungi talian kecemasan bila lihat anaknya tidak sedar.

“Anaknya meninggal dalam tidur,” katanya.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Makam Tuan Haji Said Seremban pada pagi Rabu.

Total
0
Shares
Total
0
Share