Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah, dilaporkan telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Alif Teega, pada awal bulan Ogos lalu.
Aisyah memohon agar orang ramai mendoakan urusan rumah tangganya dipermudahkan kerana ujian yang dialaminya ketika ini sangat berat.
“Dari bulan lepas sebenarnya (fail cerai), doakan saya sebab ujian saya sangat berat,” katanya.
Namun, Aisyah enggan berkongsi faktor yang menyebabkan dia memfailkan cerai terhadap Alif. Keputusan ini bagaimanapun, adalah pilihannya sendiri dan bukan disebabkan oleh sesiapa pun.
Tegas Aisyah, perkara ini sangat peribadi dan melibatkan ramai orang. Disebabkan itulah dia tidak mahu berkongsi lebih lanjut.
Aisyah dan Alif telah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif dan Safiyyah Hijanah.
18 November 2023, Alif berkahwin buat kali kedua dengan wanita bernama, Fatin Umaidah, di Thailand dan ketika itu, Aisyah sedang sarat mengandung.
Sumber: mStar Online