'Doa kami untuk Sol akhirnya termakbul' - Yusof Haslam kongsikan pertemuan dengan Syamsul beri kesan emosi | The Reporter

‘Doa kami untuk Sol akhirnya termakbul’ – Yusof Haslam kongsikan pertemuan dengan Syamsul beri kesan emosi

Sumber Gambar: Instagram Datin Patimah

Malam tadi, isteri kepada Datuk Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail berkongsikan kegembiraan dengan memuat naik gambar mereka sekeluarga bersama Syamsul Yusof.

Turut kelihatan, bekas isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana turut meraikan momen tersebut.

Sudah pastinya kegembiraan tidak terungkap dengan kata-kata apabila dikatakan sudah bertahun-tahun tidak berjumpa dengan Syamsul Yusof.

Yusof Haslam bagaimanapun menyatakan tidak pernah menyimpan dendam atau enggan memaafkan kesilapan anaknya itu, namun sentiasa mendoakan buat anaknya.

Beliau juga tidak menyangka Syamsul akhirnya membuka pintu hati dan kembali kepada pangkuan keluarga kelmarin.

“Doa kami untuk Sol (panggilan Syamsul) akhirnya termakbul walaupun ambil masa bertahun.

“Dia sendiri hubungi ibunya pada Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk berjumpa kami selepas lama terputus hubungan,” katanya.

Pertemuan mereka pada malam tadi juga katanya cukup meninggalkan kesan emosi pada isterinya dan mereka hanya berborak santai tanpa menyentuh isu-isu yang lepas.

Sumber: Harian Metro

Related Posts