Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pempengaruh media sosial, DMA Islam sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak pernah menghormati artis mahupun pempengaruh kerana menganggap mereka tidak memberi sebarang nilai sebenar kepada masyarakat.
Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, DMA menyifatkan mereka sekadar membuat kandungan lawak yang tidak membawa manfaat, malah menggelarkan golongan itu sebagai “badut online”.
“Aku tak pernah hormat artis dan pempengaruh yang kerja dia hanya buat orang ketawa saja. Aku tak suka, sebab mereka tak ada ‘real value’ pada masyarakat. Apa value kau? Kau buat konten dan buat orang ketawa, itu saja. Kita kena ada ‘real value’,” katanya.
Artis veteran tak wajar melenting
DMA juga menegaskan, tujuan utama golongan tersebut hanyalah untuk membuat orang ketawa, bukan menyumbang kepada kemajuan sosial. DMA turut menyentuh artis veteran, menyifatkan mereka tidak wajar melenting terhadap pandangannya kerana itu hanya menampakkan sikap ‘mudah koyak’.
“Artis veteran pun, aku tak hormat. Sudah pasti aku hormat sebab mereka tua tapi bukan sebagai artis… Bila kau triggered itulah lagi jatuh maruah kau,” ujarnya lagi sambil menyarankan agar golongan artis tidak mengambil hati terhadap kenyataannya.
Kenyataan pahit tetapi ada kebenarannya?
Kenyataan itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyifatkan DMA sekadar mencari perhatian dan tidak menghormati minat atau kerjaya orang lain.
Ada juga netizen berpendapat, tiada yang salah dengan kenyataan DMA, cuma ramai tidak dapat menerima kebenaran yang disampaikan dengan cara yang kasar. Malah, ada benarnya apabila dia mempersoalkan nilai sebenar kandungan hiburan yang terlalu ringan dan tiada impak jangka panjang kepada masyarakat.
Namun, ramai yang mempertikai nadanya yang menghina dan seolah-olah menafikan sumbangan seni terhadap masyarakat. Ada juga yang menyindir DMA sebagai ‘budak nerd’ yang tidak memahami konteks industri hiburan. Sedangkan seseorang itu perlu menghormati kerjaya orang lain walaupun tidak menyukai bidang tersebut, kerana setiap pekerjaan adalah sumber rezeki yang patut diraikan.
Terdahulu, DMA pernah mencetuskan perdebatan hangat apabila menyenaraikan jurusan Komunikasi Massa, Seni Teater dan Seni Tari Tradisional sebagai antara jurusan paling bodoh di Malaysia.








