Baru-baru ini Uqasha Senrose memuat naik gambar wajahnya berserta kapsyen selamat malam buat para peminatnya.
“Hidup ini sentiasa memberikan kamu peluang kedua, iaitu hari esok, selamat malam,” tulisnya.
Ramai yang besetuju dengan kapsyen tersebut dan rata-rata memuji kecantikan Uqasha.
Di sebalik komen-komen yang lain, terselit satu komen yang mengundang kesedihan Uqasha dan pengikutnya. Dalam komen tersebut, wanita itu seolah-olah memerli Uqasha dan adiknya yang belum menimang cahaya mata.
“Kesian, adik beradik tak ada anak lagi,” kata netizen itu.
Uqasha membalas komen itu dan menyatakan itu semua rezeki daripada Allah.
“Ya Allah, sedihnya boleh awak cakap macam ni? Tu rezeki Allah,” tulisnya.
Melihat komen sebegitu dilemparkan kepada Uqasha, pengikut Uqasha berbalas serangan komen dengan netizen tersebut.
Uqasha dan Kamal Adli telah mendirikan rumah tangga pada 05 November 2021. Pasangan selebriti tersebut telah mengadakan majlis mereka di sebuah majlis tertutup.
Sumber: Instagram Uqasha Senrose