Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kehilangan remaja perempuan berusia 17 tahun dari rumah keluarganya di Taman College Heights terjawab apabila dia ditemui di rumah kenalannya di Kelantan dan berada dalam keadaan selamat.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, keluarga pelajar Tingkatan Lima itu sudah dimaklumkan dan diminta menjemputnya.
“Seorang remaja perempuan yang dilaporkan melarikan diri dari rumah di daerah ini semalam sudah ditemukan hari ini di Kubang Kerian, Kelantan.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan baik di rumah keluarga kenalan lelaki dan dihantar ke Balai Polis Kubang Kerian untuk dijemput pulang oleh ahli keluarga dari Seremban.
“Sebelum ini mangsa dikatakan hilang dari rumah keluarganya di Sikamat, sekitar 6 pagi sebelum polis menerima maklumat kehilangannya pada 7.10 pagi,” katanya.
Terdahulu, tular kehilangan Nur Farah Diana Mohd Erwadi di media sosial.
Ibunya mengatakan anaknya telah menghilangkan diri Bersama telefon bimbit, beg sekolah dan bekas alat solek.
Sumber: Berita Harian








