Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini seorang lelaki luah rasa kecewa ‘direject’ oleh wanita yang dikenalinya melalui rakan, selepas kedua-duanya bertemu buat kali pertama.
Muhd Azfar Ikhwan Yahaya, 20, berkata, dia disindir oleh wanita berkenaan hanya kerana mukanya berjerawat. Sedangkan sebelum pertemuan itu dia pernah menghantar gambar dengan wajahnya kelihatan sempurna kepada wanita berkenaan.
Juruteknik itu kemudian memaklumkan bahawa dia sebenarnya menggunakan filter untuk menyembunyikan jerawatnya agar dia lebih yakin dengan penampilan diri.
“Ketika bertemu saya sudah nampak ekspresi wajahnya seolah terkejut dan tak senang melihat saya. Dia luahkan dia tidak boleh menerima saya kerana keadaan muka saya berjerawat, bukan seperti dalam gambar.
“Apa yang berlaku membuatkan saya sedih kerana sudah tiga kali berdepan dengan situasi yang sama sebelum ini. Saya akui menggunakan teknik suntingan gambar (filter) namun ada sebab iaitu, nak lebih yakin dengan penampilan diri,” katanya.
Video perkongisan Muhd Azfar mengenai kejadian itu tular di TikTok, turut menarik perhatian pihak stesen radio Era FM yang memberi peluang kepada pemuda itu untuk makan malam bersama pengacara, Hawa Rizwana.
Dalam video itu, kedua-duanya kelihatan tersipu-sipu malu. Walaupun begitu, ramai yang memuji Muhd Azfar kelihatan segak dan bergaya.
“Celah mananya tak hensem? Elok je aku tengok Azfar ni.
“Pada akak, sempurna adik Azfar ni, hensem juga. Rugilah perempuan yang buruk-burukkan dia,” kata netizen.
Sumber: Harian Metro, Era