Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Tular hantaran seorang pengguna X meminta golongan wanita yang sering berkunjung ke sebuah plaza di Shah Alam untuk berwaspada.
Menurut pengadu, terdapat dua lelaki yang dipercayai warga asing yang berkelakuan mencurigakan sering berkeliaran di kawasan plaza tersebut.
“Dua lelaki ini kacau kereta aku. Mereka melepak dan tak nak beredar. Bia kami tak nak masuk kereta, mereka menyorok di hadapan kereta.
“Bila kami nak masuk kereta, mereka bangun dan berjalan menuju ke arah kami. Tapi mujur ada kereta lain masuk parking dan mereka tercegat di belakang kereta,” katanya.

Apabila diperiksa, pengadu mendapati ada paku ditebuk di hadapan bampar kenderaannya.
Pengadu menasihatkan orang ramai khususnya wanita berhati-hati dan tidak berjalan bersendirian di kawasan plaza tersebut.
Dalam kejadian berasingan di plaza tersebut, seorang wanita mendakwa kakaknya telah diintai dan dirakam ketika menggunakan tandas awam.
Difahamkan, mangsa yang merupakan pekerja di plaza itu terdahulu pergi ke tandas. Sebelum memasuki tandas, dia menyedari ada seorang lelaki sedang menunggu di luar tandas.
Ketika mangsa sedang menggunakan tandas, dia ternampak tangan yang memegang telefon bimbit, seolah-olah sedang merakam video. Mangsa terus menjerit dan keluar dari tandas. Mangsa sempat bertanya kepada lelaki yang berada di luar tandas tadi, mengenai suspek dan lelaki itu menjawab ‘suspek’ telah lari.
Mangsa kmeudian melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan. Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, lelaki di luar tandas itu adalah individu yang sama merakam mangsa.


Bertindak di atas maklumat, suspek telah berjaya ditahan. Suspek turut menafikan dakwaan itu dan menegaskan dia telah membuang video dalam telefon bimbit.
“Kes itu telah menjadi kes polis dan telah dibawa ke mahkamah. Pelaku telah dikenakan saman dan mempunyai rekod jenayah,” katanya.