Dikecam kerana mungkir janji, Aisar Khaledd tampil kotakan janji belanja 2,000 keping roti canai - The Reporter

Dikecam kerana mungkir janji, Aisar Khaledd tampil kotakan janji belanja 2,000 keping roti canai

Baru-baru ini tular nama seorang pempengaruh yang didakwa menjanjikan kata-kata manis kepada pengikutnya.

Ramai individu yang mula tampil mendedahkan tentang taktik yang digunakan pempengaruh ini bagi menarik perhatian ramai.

Di dalam satu hantaran, Aisar Khaledd dikatakan meminta peniaga roti canai untuk membuat 500 keping roti canai untuk diagihkan kepada orang ramai di Terengganu.

Tetapi, dalam satu tangkap layar yang dipercayai dimiliki oleh peniaga tersebut menyatakan Aisar Khaledd tidak dapat hadir semasa pengagihan roti canai tersebut.

Perkongsian itu membuatkan netizen berasa marah dengan tindakan Aisar Khaledd yang sudah membuatkan orang ramai berharap dan ternanti-nantikan pemberian tersebut.

Namun begitu, ada yang mengatakan melalui satu video, lelaki itu telah memberikan sejumlah wang kepada peniaga roti canai itu.

Taktik-taktik yang digunakan oleh Aisar Khaledd membuatkan netizen lain berasa hairan mengapa masih ada segelintir yang mempercayai kata-katanya dan sanggup mengeluarkan modal untuk menyokong apa sahaja tindakan yang dibuat.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Aisar Khaledd dilihat telah mengotakan janjinya. Malahan roti canai juga ditambah sehingga 2,000 keping.

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!