Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini hantaran tular dari pelakon dan juga pelawak Harith Iskander mengundang persepsi ramai. Mereka mengkritik hantaran berkenaan yang dianggap telah menghina agama.
Susulan itu juga, bekas pelawak, Shahrol Shiro telah membuat laporan polis terhadap Harith Iskander. Selain Harith, Shahrol turut menamakan individu Cecella Yap Song KL, dalam laporannya.
“Harith Iskander & Cecelia Yap, demi agamaku repot polis ON,” katanya.
Sebelum itu, Shahrol turut meluahkan rasa kesal atas tindakan Harith yang seolah membuka ruang kepada pelbagai pihak di luar sana untuk mempersendakan Islam.
“Sebagai pelawak tidak semua sudut pandang boleh dijadikan bahan lawak kita. Adakala kita patut lebih sensitif lebih lagi melibatkan agama kita.
“Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersenda maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama kita.
“Perkara ini sudah melampau dan satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini,” tulisnya.