Dibina pada 1991, stadium Shah Alam mula dirobohkan | The Reporter

Dibina pada 1991, stadium Shah Alam mula dirobohkan

Sumber Gambar: Bernama

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Disember tahun lalu, dilaporkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan kelulusan kebenaran merobohkan Stadium Shah Alam dan kerja-kerja perobohan akan dilaksanakan selepas pemaju memenuhi keperluan yang diwajibkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Bagaimanapun, menerusi beberapa laporan media memaklumkan kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam sedang giat dilakukan oleh kontraktor Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) selepas syarikat pemaju menerima permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kerja perobohan yang dijangka mengambil masa setahun ini dilakukan secara konvensional menggunakan jentera dengan meminimumkan bunyi dan habuk.

Sumber Gambar: Bernama

Mengimbas sejarah pembinaan stadium Shah Alam, stadium ini dibina pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi pada tahun 1994 dengan kapasiti 80,372 orang.

Bakal digantikan dengan nama dan stadium baharu, iaitu Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), stadium ini boleh memuatkan 3,000 sehingga 40,000 orang.

Fasiliti

Antara kelebihan pembangunan ini adalah mempunyai fasiliti padang boleh alih (retractable pitch) pertama di Malaysia, pusat latihan dan kemudahan canggih lain bertaraf dunia.

Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) membabitkan tiga fasa meliputi proses perobohan dan pembinaan semula Stadium Shah Alam dengan ruang perniagaan serta parkir yang dijangka siap pada 2026.

Fasa kedua pula akan membabitkan teater tertutup, sayap sukan dan belia serta kawasan rekreasi manakala fasa terakhir melibatkan pembinaan terminal bersepadu dan hotel yang dijangka bermula Januari 2028 hingga Disember 2029.

Sumber: Bernama, Sinar Harian

Related Posts