Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon terkenal, Diana Danielle, mengumumkan melalui hantaran di akaun Instagram rasminya bahawa beliau telah membuat keputusan untuk berpisah secara rasmi dengan suaminya dan akan memfailkan perceraian.
Dalam kenyataan tersebut, Diana menyatakan bahawa beliau tidak akan memberi penjelasan lanjut mengenai keputusan itu dan menyindir bahawa mungkin suaminya akan memberikan alasan biasa dengan “bunga, cincin, dan janji kosong.”
Diana turut menutup kenyataan itu dengan kata-kata ringkas, “Have a nice life,” yang seakan memberikan gambaran bahawa hubungan mereka kini tidak dapat dipulihkan lagi.
Dalam ruangan kapsyen hantaran tersebut, Diana menegaskan bahawa rujuk bukanlah untuk semua orang dan beliau meminta dilepaskan.
Untuk rekod, pasangan ini pernah melalui pergolakan rumah tangga namun kembali bersama semula sebelum ini.
Diana Danielle dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.