'Dia tak tahu perkataan 'crush' tu apa' - Peguam Abang Bas | The Reporter

‘Dia tak tahu perkataan ‘crush’ tu apa’ – Peguam Abang Bas

Sumber Gambar: The Straits Times, gambar tular

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Peguam terkenal Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili seorang pemuda dikenali sebagai Abang Bas mendedahkan lelaki berkenaan tidak mengetahui maksud ‘crush’.

Katanya, Abang Bas hanya melihat perkataan berkenaan tular di media sosial dan meletakkan diruangan kapsyen di TikTok miliknya.

Dalam satu rakaman sesi live di TikTok, Zaharil turut menyifatkan Abang Bas merupakan seorang yang baik.

“Dia memang budak baik. Dia kata dia tiru je crush tu, tak tahu apa makna perkataan tu,” katanya.

Terdahulu, Abang Bas berdepan dengan tiga pertuduhan antaranya mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017, Seksyen 15 (a) (iii) akta sama dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Dia ditahan beberapa hari lalu kerana gagal kerana gagal membayar ikat jamin berjumlah RM40,000.

Pemuda berkenaan dibebaskan selepas proses membayar ikat jamin dilakukan peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Bagaimanapun, menerusi satu laporan, dia masih terikat dengan syarat tambahan ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Muar dan Mahkamah Sesyen Batu Pahat iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan selain tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa atau saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Related Posts