Setiap pasangan yang berkahwin sememangnya inginkan sebuah perkahwinan itu kekal selamanya. Walaupun dikurniakan kejayaan dan kekayaan di dalam hidup, jika tiada kebahagiaan di dalam rumah tangga, rumah ibarat sepi tanpa penghuni.
Saya ingat lagi, pinjam kereta ayah saya yang dia jarang naik (sebab dah uzur), pergi isi minyak. Lepas tu nak start kereta tu semula dah tak hidup. So ramai yang datang memberikan bantuan untuk hidupkan kereta tu.
Alhamdulillah kehidupan kami semakin lama semakin bertambah baik selepas berkahwin pada tahun 2014 dan dikurniakan puteri sulung dalam hidup kami. Anak itu rezeki kan? Dulu, kami tidak mempunyai apa-apa, dan kami selalu dipandang rendah oleh kawan-kawan sekeliling. Sekarang kami telah banyak mengecapi impian kami yang pada masa dulu kami rasa seakan mustahil untuk dicapai.
Jadi, sesiapa yang mempunyai pasangan tu hargailah mereka, walaupun sekarang kita diuji dengan segala masalah bantulah pasangan kita dengan sebaiknya. InsyaAllah Tuhan akan bantu kita pula. Tak percaya, cubalah! Isteri yang bahagia itu rezeki, suami yang bahagia itu rezeki. So kalau nak murah rezeki cuba-cuba lah bahagiakan pasangan anda.