Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Zhiddin, berkongsikan detik yang kurang menyenangkan baginya semas kunjungan ke Mekah untuk menunaikan ibadah.
Semasa di sana, beliau telah ditegur oleh seorang lelaki Arab. Bukan sekadar perbualan biasa, lelaki berkenaan bertanyakan Zhiddin adakah dia menginap seorang diri di bilik hotel dan mahu mengekori Zhiddin.
Namun Zhidin membalasnya dengan mengatakan dia ditemani ibunya. Kurang senang dengan perbualan seperti itu, Zhiddin terus bertanya kepada lelaki itu apa yang sebenarnya yang dimahukan.
“Straight to the point, are you gay. Do you want check with me?” Soal Zhiddin.
Lelaki berkenaan teragak-agak menjawab pertanyaan Zhiddin. Zhiddin sebaliknya terus mencelah dan mengatakan tidak berminat melakukan perbuatan terkutuk itu.
Kata Zhiddin, lelaki yang berjubah dan berserban putih itu cuba untuk menyentuh tangannya.
“Ini saya berada di lobi hotel Makkah, hanya lima minit dari Kaabah, tetapi perangai orang begini tetap ada. Video ini untuk mengingatkan walau di mana pun kita berada, dosa itu tetap ada,” katanya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang terkejut mendengar pendedahan itu. Ada yang mengatakan seorang lagi pempengaruh, Saiful Nang pernah berkongsikan isu yang sama.








