'Dia salah alamat, kata kita b***h' - Penghantar barang bengang dengan tindakan pelanggan wanita | The Reporter

‘Dia salah alamat, kata kita b***h’ – Penghantar barang bengang dengan tindakan pelanggan wanita

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang penghantar barang berang dengan tindakan dua orang wanita yang menggelarkannya dengan panggilan ‘b***h’.

Kata lelaki berkenaan, wanita berkenaan telah tersilap menulis alamat menyebabkan barangan berkenaan dihantar ke tempat yang salah.

https://twitter.com/update11111/status/1799984627299635572

Bagaimanapun, kesilapan tersebut dibalas dengan perkataan ‘b***h’ kepada penghantar barang berkenaan.

“Awak tulis alamat salah, bukan saya. Awak cakap saya bodoh.

“Dia salah, cakap kita bodoh. Dia alamat 1837, tapi tiba-tiba 1838. Marah, kata shopee b***h.

“Salah alamat cakap maaf lah bukan kata orang b***h,” katanya.

Dalam pada itu, netizen meminta pihak Shopee untuk menyiasat kejadian ini. Insiden berkenaan juga membuatkan netizen kagum dengan sikap penghantar barangan tersebut yang dilihat masih sabar dengan kerenah pelanggan.

Sementara itu juga, netizen mencadangkan agar disediakan peti surat atau peti barangan yang dipos ke satu tempat yang strategik bagi keselamatan dan kemudahan orang ramai. Hanya dengan mengimbas kod bar, barangan pelanggan boleh diambil dari dalam peti berkenaan.

Sumber: Update info

Related Posts