'Dia ingat dia Jackie Chan' - Individu disiasat guna papan luncur di jalan raya | The Reporter

‘Dia ingat dia Jackie Chan’ – Individu disiasat guna papan luncur di jalan raya

Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok Shah Mikael

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular satu video yang merakamkan seorang individu yang menggunakan papan luncur di jalan raya mengundang kemarahan orang ramai.

Lelaki berkenaan yang dilihat meluncur laju ketika menuruni bukit dan selekoh dipercayai di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, Pulau Pinang (Jalan Bukit Baharu).

Tindakan berkenaan dilihat mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Susulan itu, Ketua Polis Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya memandang serius aktiviti yang dilakukan individu itu yang berbahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, tindakan tegas akan diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) kaedah-kaedah kawalan lalu lintas jalan (larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti) 2021.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai isu berkenaan supaya menghubungi Bilik Gerakan Polis Barat Daya.

Sementara itu, ada yang mendakwa papan luncur atau dikenali sebagai street luge ini merupakan satu sukan yang popular di luar negara.

Katanya juga, ada dalam kalangan atlet negara yang menyertai kejohanan dunia sukan ini.

Bagaimanapun, ada yang mempersoalkan kewajaran individu berkenaan yang memilih jalan raya yang sibuk sebagai satu tempat aktiviti berkenaan dibuat.

Sumber: Astro Awani

Related Posts