'Dia ibu tunggal, bukan dia yang menyondol Fattah' - Individu dakwa Fattah tidak pernah curang? - The Reporter

‘Dia ibu tunggal, bukan dia yang menyondol Fattah’ – Individu dakwa Fattah tidak pernah curang?

Seorang individu tampil meminta orang ramai tidak menyalah pelakon, Fattah Amin, yang didakwa berlaku curang terhadap isterinya.

Dalam satu kenyataan yang tular di platform X, individu tidak bernama itu yang dipercayai bekerja di bidang perundangan berkata, dia mengetahui perkara ini sejak bulan lalu dan penata gaya tudung berkenaan yang dikenali sebagai, Syira, merupakan bekas pelanggannya yang kini mahu memfailkan tindakan undang-undang kerana difitnah.

Namun, dia tidak dapat menerima kes tersebut memandangkan dia kini bekerja di bahagian perundangan yang berbeza.

“Dia banyak menerima komen kebencian dan fitnah, susulan kenyataan dikeluarkan oleh wartawan yang ‘dibayar’ seolah-olah dia adalah penyondol.

“Saya mengenali dia sejak beberapa tahun lalu dan mendapat tahu dia menjalinkan hubungan dengan seseorang selepas bercerai. Saya bersimpati dan berharap orang ramai tidak mengganggu dia.

“Dia ibu tunggal, bukan dia yang menyondol Fattah. Fattah tak pernah curang langsung dengan orang yang disebut itu. Mereka dah macam keluarga,” katanya.

Individu itu mendakwa, Fattah telah menjadi kambing hitam dalam masalah rumah tangganya dan lambat laun kebenaran akan terbongkar jua. Malah, dia memberi bayangan orang ketiga berkenaan berasal dari Indonesia.

“Lambat laun, korang akan tahu juga kebenaran. Mungkin jodohnya tertulis di Indonesia,” katanya.

Sumber: X @g8keepur

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!