'Dia guna mandrem tu untuk buat korang beli lagi' - Individu dakwa Ali Puteh guna sihir untuk lariskan perniagaan? - The Reporter

‘Dia guna mandrem tu untuk buat korang beli lagi’ – Individu dakwa Ali Puteh guna sihir untuk lariskan perniagaan?

Ali Puteh dan produk jualannya. | Instagram

Pelawak Ali Puteh atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, kesal dengan tindakan segelintir individu yang melemparkan fitnah terhadap dirinya.

Umum mengetahui Ali pada ketika ini sedang rancak berniaga secara online menerusi aplikasi TikTok, memandangkan kontroversi yang berlaku di antara dia dan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali, masih belum mencapai titik noktah, menyebabkan kariernya dalam industri terjejas.

Ditambah pula dengan hutang saman hampir RM80,000 perlu dibayar kepada Hidayah, membuatkan Ali tiada pilihan dan mencuba segala jenis usaha untuk mendapatkan duit bagi membayar saman itu.

Malangnya, ada pula individu yang dikenali sebagai Zack tampil mendakwa Ali menggunakan mandrem atau jampi untuk melarikan perniagaannya.

Perkara itu didedahkan Ali sendiri melalui Instastorynya semalam.

“Dia (Ali) guna mandrem tu untuk buat korang beli lagi. Tak ghisau ke order tu?

“Kakak ipar (Hidayah) pun (dia) sanggup buat camtu, apatah lagi netizen…” katanya.

Sumber gambar: Instastory Ali Puteh

Bagi Ali, itulah lumrah yang terpaksa diterima apabila anak bangsa berniaga di tanahair sendiri. Difitnah secara terang-terangan untuk menjatuhkannya.

“Ada orang Melayu bila berniaga. Bila laku, laris, akan keluarlah ayat begini,” ujarnya.

Minggu lalu, Ali menjadi perhatian ramai susulan media melaporkan beliau cuba membayar hutang saman menggunakan aset seperti motosikal Yamaha RXZ, 125Z dan Y15 kepada Hidayah.

Bagaimanapun, Hidayah menolak cara pembayaran itu kerana aset-aset berkenaan tidak berguna dan hutang saman tegasnya perlu dibayar menggunakan wang, bukannya mengikut sistem barter.

Sumber: Instagram Ali Puteh

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!