Video seorang pemandu e-hailing yang memburukkan Malaysia di mata pelancong asing telah menjadi perhatian di media sosial.
Dalam video TikTok yang dimuat naik oleh Sam Isma dari England, pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Henry terdahulu menyambut kedatangan mereka dengan begitu mesra sekali. Henry turut mencadangkan Sam dan rakannya bercuti ke Thailand yang dikatakan lebih menarik berbanding Malaysia.
Dalam masa yang sama, Henry mendakwa kebebasan di negara ini adalah terhad, sehingga menyekat kebebasan untuk berhibur.
“Di Thailand lebih seronok, berbanding di sini (Malaysia) tak dapat enjoy sangat sebab ini negara Islam. Mereka nak kita mengikuti kehendak agama mereka. Ini sangat tidak adil.
“Mereka tak minum arak, tak berjudi. Jadi mereka haramkan dua perkara itu. Tak ada hiburan langsung, seperti tinggal di gua atau hutan bermain dengan cimpanzi atau haiwan lain.
“Saya tak faham cara pemikiran orang Malaysia atau Islam. Awak lahir ke dalam dunia ini untuk berseronok,” katanya.
Di media sosial, ramai netizen menyelar Henry terutama apabila dia menyentuh hal berkaitan dengan agama Islam.
Sikap biadab pemandu tak boleh diterima!
Skrip yang sama berulang
Sumber: X