Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Satu rakaman tular yang memaparkan sepasang suami isteri sedang memasukkan sebuah tilam bersaiz single (bujang) ke dalam sebuah mesin pengering di sebuah premis dobi layan diri.
Menerusi video tersebut, mereka cuba untuk menggulungkan tilam itu lalu cuba memasukkan ke dalam mesin pengering sambil diperhatikan oleh seorang kanak-kanak yang dipercayai anak kepada pasangan ini.
Kelihatan si isteri seperti kehairan memikirkan tilam tersebut tidak dapat dimuatkan ke dalam mesin pengering.
Rakaman tersebut bagaimanapun mengundang kecaman dan usikan netizen.
“I cannot brain orang macam ni. Baik kau je masuk terus dalam tu,” kata netizen.
Bagaimanapun netizen turut mempersoalkan tindakan perakam yang hanya merakam perbuatan itu tanpa menegur dahulu pasangan berkenaan.
Tindakan pasangan ini juga menimbulkan persoalan netizen sehingga ada yang mencadangkan mereka membuka terlebih dahulu saluran YouTube sebelum bertindak.
Sumber: Prince Yoshiro