Sejak berkahwin dengan usahawan pizza Jofliam pada 5 April lalu, nama Dewi terus menjadi perhatian. Belum pun reda dakwaan dirinya sebagai orang ketiga, kini timbul pula isu lain yang hangat diperkatakan netizen.
Tular di media sosial, ramai mendakwa penampilan Dewi kini sangat mirip dengan bekas isteri Jofliam, iaitu Cik Epal. Perkara itu mula jadi bualan selepas pengguna Thread @Halina Kamaludin memuat naik perbandingan gaya kedua-dua wanita tersebut.
Menurut netizen, dari cara bertudung, padanan warna pakaian sehinggalah gaya bergambar, semuanya dilihat seolah-olah ditiru satu per satu. Malah ada yang mengatakan Dewi kini seolah-olah hidup dalam bayangan Cik Epal.
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
- Azhar Ahmad, Nik Alif Aiman capai perdamaian, selesai salah faham secara baik
- ‘Malaysia tidak perlukan Rashid Maidin 2.0’ – Pemuda MCA
- Pemilik tanah benarkan komuniti Rohingya bina flat di Sungai Tekali
“Tak ada identiti sendiri,” tulis salah seorang netizen. Malah ada juga yang mendakwa Dewi mungkin sekadar mengikut arahan suami berdasarkan cita rasa lama ketika bersama bekas isteri.
Menambah panas suasana, ada netizen yang mengimbas kembali kenyataan lama Cik Epal yang pernah mendedahkan bahawa setiap pakaian dan gaya dirinya dahulu ditentukan sepenuhnya oleh Jofliam.
Disebabkan itu, ramai mula mempersoalkan — adakah Dewi benar-benar menjadi diri sendiri, atau hanya mengikut acuan yang pernah ditetapkan buat wanita lain sebelum ini?
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan berpisah tahun lalu selepas sedekad bersama. Mereka dikurniakan dua anak, Han dan Yuki.
Jofliam kemudiannya berkahwin dengan Dewi dalam satu majlis tertutup di Ampang yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.








