Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Polis mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hukuman denda RM100 yang dikenakan terhadap wanita yang mengaku bersalah dalam kes buli siber mendiang pempengaruh Esha.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, denda yang dikenakan itu adalah denda maksimum di bawah peruntukkan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh dalam siasatan.
Walaubagaimanapun, Rusdi menegaskan pihaknya sentiasa bersedia membuka semula siasatan jika menerima sebarang petunjuk baharu.
Media sebelum ini melaporkan pempengaruh Esha meninggal dunia akibat tekanan daripada buli siber yang dihadapinya di media sosial.
Pihak berkuasa kemudian menahan dua suspek buli siber iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang disyaki terbabit dalam kes itu.
Suspek lelaki bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan. Manakala suspek wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah jagaan orang tua pula mengaku bersalah dan membayar denda RM100.
Hukuman denda yang dikenakan itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, termasuk keluarga mangsa dan pemimpin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan meminta SKMM dan PDRM mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini agar kes buli siber dihentikan.
Sumber: Harian Metro








