PM tak puas hati pembuli siber dikenakan denda RM100 - The Reporter

PM tak puas hati pembuli siber dikenakan denda RM100

Selasa lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM100 terhadap Shalini Periasamy yang mengaku bersalah atas pertuduhan membuli pempengaruh Rajeswary Appahu atau Esha.

Tertuduh berusia 35 tahun itu yang menggunakan nama Alpha Quinnsha di TikTok mengaku mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Esha yang menyebabkan mangsa tertekan dan meninggal dunia.

Ketika dibicara, pembantu rumah jagaan orang tua itu mengaku perbuatannya itu salah dan mengakui sudah insaf.

Keputusan mahkamah mengenakan denda RM100 itu mengundang pelbagai reaksi tidak puas hati orang ramai termasuk pemimpin politik.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak berpuas hati dan meminta supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambl tindakan yang sangat tegas terhadap perkara ini agar kes buli siber dihentikan.

Jelas Fahmi lagi, kerajaan akan meneliti sama ada wujudnya keperluan untuk meminda akta sedia ada seperti Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, atau menggubal akta khusus mengenai buli siber.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!