Minggu lalu, dua wanita yang merupakan bekas isteri kedua dan ketiga kepada seorang lelaki bernama Irfan, tampil mendedahkan merekatelah dizalimi semasa dalam perkahwinan poligami.
Mereka mendakwa telah dipaksa untuk tidur dan mandi bersama. Termasuk dipaksa melakukan hubungan kelamin secara bertiga, tetapi tidak berlaku kerana kedua-duanya menolak untuk berbuat demikian.
Semalam, Irfan tampil membuat penafian terhadap semua dakwaan tersebut melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, bersama isteri pertamanya. Dalam penafiannya itu, Irfan menegaskan semua tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas.
“Demi Allah, tak pernah seumur hidup saya buat 3-some atau mandi tanpa seurat benang bersama-sama dengan semua isteri saya. Kalau saya pernah buat, laknatlah saya,” tegas Irfan.
Menjawab tuduhan meminta isteri membuka tudung, Irfan berkata dia tidak pernah berbuat demikian.
“Kalau saya nak bini saya buka tudung, lebih baik saya ambil yang sudah buka tudung. Baik saya ambik bini minah saleh,” katanya.
Irfan juga menafikan tuduhan memukul bekas isteri ketiganya, dengan menyatakan bahawa gambar yang menunjukkan tangan wanita itu lebam adalah suntingan semata-mata.
Mengenai isu keguguran bekas isteri ketiga, Irfan menjelaskan bahawa keguguran itu berlaku selepas wanita tersebut kembali ke rumah ibunya, dan bukan semasa mereka tinggal bersama.
Irfan turut menafikan tuduhan mempunyai hutang puluhan ribu ringgit dan menegaskan bahawa dia tidak pernah berhutang.
Kini, Irfan meminta netizen agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya dan memaafkan mereka yang telah melemparkan kecaman kerana tidak mengetahui hal sebenar.
“Saya dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap semua yang terlibat menjatuhkan maruah saya dan isteri.
“Kepada netizen yang cakap macam-macam, saya maafkan sebab netizen tidak tahu mengenai hal rumah tangga saya,” katanya.