Debat Rafizi vs Syahir: Pakar ekonomi persoal, dimanakah hujah ekonomi baharu? - The Reporter

Debat Rafizi vs Syahir: Pakar ekonomi persoal, dimanakah hujah ekonomi baharu?

Sumber gambar: Malay Mail

Malam tadi berlangsung perdebatan Model Baharu Ekonomi Malaysia di antara Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Pas, Syahir Sulaiman.

Perdebatan mereka mengundang perhatian ramai yang teruja untuk mengetahui hujah-hujah dan input yang dibahaskan oleh dua pemimpin politik berkenaan.

Semasa sesi penggulungan, Rafizi secara keseluruhan mengulangi bahawa, pelbagai langkah untuk menangani masalah struktur termasuk kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah telah pun dilaksanakan, dengan petunjuk ekonomi positif dilihat dalam kadar inflasi yang lebih rendah, serta jumlah pelaburan asing dan domestik yang semakin meningkat.

Syahir pula menegaskan bahawa model ekonomi baru yang dicadangkan untuk Malaysia dibina di bawah “bumbung” kestabilan negara, disokong oleh empat ‘tiang utama – integriti ekonomi, keadilan ekonomi, kitaran ekonomi dan kesederhanaan.

Pantun Syahir disindir netizen

Semasa sesi tersebut juga, Ahli Parlimen Bachok itu juga telah menjual pantun anak muda dia akhir perdebatan yang telah mengundang ketawa penonton dan juga menjadi bahan sindiran di media sosial.

“Ruh, ruh, ruh;
Neh,neh, neh;
Buang yang keruh;
Ambil yang jernih,” katanya.

Namun begitu, sikap Syahir dipuji ramai kerana berani membentangkan hujah dan berdepan dengan Rafizi. Sedangkan umum mengetahui Rafizi sangat petah dalam mengemukakan fakta dan hujah.

Harakah dakwa Rafizi gagal, berbanding Syahir

Memetik laporan dari Harakah, Rafizi dilihat gagal tampil model ekonomi baharu berbanding Syahir yang menawarkan model ekonomi yang berteraskan kestabilan yang siap dengan rangka rumah.

“Rafizi juga disifatkan sebagai retorik kerana gagal mempersembahkan model yang diharapkan rakyat. Selain dilihat tiada persediaan bagi mengetengahkan model ekonomi yang menjadi tajuk debat, sebaliknya hujahnya penuh elemen politik,” tulisnya.

Penganalisis tak nampak pembaharuan jelas

Sementara itu menerusi satu wawancara di Astro Awani, penganalisis ekonomi, Datuk Madeline Berma mempersoalkan dan tertunggu-tunggu di manakah model ekonomi baharu yang ingin dibahaskan oleh kedua-dua pendebat.

Pakar Ekonomi UNIRAZAK, Professor Emeritus Dr Barjoyai Bardai bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan Datuk Madeline Berma.

“Kedua-dua panel menonjolkan permasalahan dan kelemahan. Kita tidak nampak pembaharuan yang jelas. Memang ada beberapa pembaharuan. Kita menjangakakan dua panel mengemukakan cadangan penyelesaian masalah.

“YB Rafizi secara terus menerus berkata, kita perlu cari wang untuk selesaikan masalah. Wakil dari PAS tidak memperincikan dan tidak mencadangkan penyelesaian yang baru,” katanya.

Sumber: Astro Awani, MalaysiaKini

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!