Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Di usia 55 tahun ke atas, biasanya kita melihat golongan warga emas ini banyak menghabiskan masa berehat di rumah, melakukan kerja-kerja ringan, melayani cucu-cicit dan yang sewaktu dengannya. Tetapi tidak bagi Pakcik Isa yang masih mengerah tenaganya berjalan ke serata kawasan untuk mencari rezeki.
Nyna Rashid pernah bertanya kepada Pakcik Isa mengapa tidak menyewa tapak sahaja dan menunggu orang datang membeli. Namun jawapan Pakcik Isa, adalah lebih baik dia berjalan ‘mencari’ rezeki itu daripada duduk menunggu rezeki. (Uii! Deep jawapan beliau).
ALHAMDULILLAH, hari ini dengan izin Allah bertemu juga aku dengan pakcik si galas bakul anyaman ini. Aku sebak tengok dia galas bakul itu. Bayangkanlah pakcik ini ayah atau atuk korang sendiri.
Kraftangan pakcik Isa galas ini bukan dia yang anyam, tetapi ada orang lain yang buat. Pakcik Isa cuma mencari rezeki dengan berjalan merata-rata mencari pelanggan. Kalau korang tengok sendiri, korang pun kagum sebab pakcik Isa ini memang tidak mengenal erti berputus asa.
Antara produk yg pakcik Isa galas ni, ada beg mcm2 design , tikar, bakul.Semua anyaman ni dihasilkan dr anyaman tali plastik. Mmg tahan lasak!
Harga dijual mengikut saiz dan reka bentuk produk tersebut. Antara RM15-70. pic.twitter.com/alLAzkY6J7
— Nyna Rashid (@nynaisme) February 7, 2018
















